SEKAPUR SIRIH
Usahawan yang Berjaya perlulah ada personaliti dikagumi, kreatif,
positif, unggul dan berkeyakinan diri dalam usahawan disamping mohon pada tuhan
yang berkuasa.
Kesanggupan mengambil risiko ialah teras keusahawanan, oleh kerana
tiada jaminan bahawa langkah yang diambil
itu sememangnya tepat, seorang usahawan mestilah berani berdepan dengan
kegagalan.
Semakin besar cita-cita kita, semakin tinggi pertaruhan yang terlibat.
Jika kita Berjaya, restu masyarakat menantinya.
Sebaliknya jika kita gagal, kita jatuh teruk. Maka mereka tentunya
perlu bertanggungjawab terhadap risiko yang mereka ambil, masyarakat boleh
membantu dengan tidak menghina atau mencurigai mereka yang telah gagal kerana
mereka berani mencuba dan mancapai matlamat, cabaran usahawan yang menggunung
tinggi.
Belajar daripada kegagalan kita adalah mencapai kejayaan. Tidak pernah
gagal bererti tidak pernah menang. Kecualilah kita mengalami kegagalan dan
pahitnya kegagalan, kita tidak akan dapat merasai manisnya kejayaan.
Satu diantara prinsip-prinsip penting untuk mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat ialah rajin usaha, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah
S.W.T.
“Maka sebaik saja kamu selesai menunaikan sembahyang maka pergilah kmu
bertebaran dimuka bumi menjalankan urusan masing-masing dan carilah rezeki yang
disediakan Allah S.W.T dalam keghairahan mencari rezeki, jangan lupa dari mengingati
Allah S.W.T sebanyak-banyaknya, supaya kamu sentiasa Berjaya.”
Hanya Allah S.W.T jualah yang dipinta pertolongan, dialah sebaik-baik
pembantu dan penolong. Semoga Allah S.W.T meredhai usaha kita.
Amin…..
“Harapan Yang Terbaik”
Saricom group
Tiada ulasan:
Catat Ulasan