Rabu, 14 Mac 2012

SARICOM GROUP (Induk Syarikat Saricom contruction)


Syarikat Saricom telah di tubuhkapada tahun 2003, alamat berdaftar di penampang. Memandangkan iklim khususnya perkembangan sektor industri pembinaan ketika ini yang amat pesat dan menggalakkan. Saya melihat prospek penubuhan sebuah syarikat pembinaan amat releven dan mempunyai masa depan yang cerah.

Walaupun syarikat Saricom ini baru ditubuhkan iaitu memperolehi pendaftaran PUKONSA dan CIDB pada tahun Jun 2007, tetapi pemilik telah lama berkecimpung dalam bidang pembinaan dan mengikuti kursus kerja-kerja bangunan dan usahawan di institut kemahiran MARA selama 3 tahun kuching Sarawak.

Objektif atau matlamat utama syarikat ini diwujudkan adalah untuk menyahut seruan kerajaan iaitu untuk menggalakkan golongan bumiputera berkecimpung dalam keusahawanan khususnya dalam sektor binaan. Pada asasnya ialah untuk mencari nafkah hidup, selain untuk menjadi majikan Syarikat Saricom telah ditubuhkan pada tahun 2003 alamat berdaftar di penampang. Memandangkan iklim sendiri. Saya memilih bidang ini juga untuk menjadi contoh kepada orang lain. Membantu masyarakat mencapai suatu impian melalui perniagaan, mencabar dan menguji kebolehan diri sendiri dan seterusnya untuk memenuhi tuntutan agama iaitu untuk mencari rezeki yang halal menurut hukum syarak. Syarikat juga berpendapat bahawa penubuhan syarikat ini amat tepat pada masanya memandangkan pihak kerajaan dalam rangcangan Malaysia ke-9 telah memberi focus dan jumlah peruntukan yang tinggi untuk pembangunan. Syarikat telah siap sedia untuk turut serta dalam menjayakan rangcangan kerajaan dan wawasan 2020 dengan jaminan tahap kualiti binaan terunggul serta sistem yang  efesyen.   

Pada masa ini syarikat memiliki kekuatan modal pusingan tunai sebanyak RM100 ribu  pada satu-satu masa. Dengan adanya modal pusingan tunai ini syarikat tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiapkan semua kerja-kerja menuntut spesifikasi kontrak tepat pada masanya.

Matlamat jangka panjang syarikat Saricom Group ialah menambah lagi bidang-bidang kepakaran dan modal pusingan naik kepada ‘A’ yang paling tinggi iaitu kontraktor kelas A & G7 dan menjadi usahawan yang Berjaya lagi cemerlang juga terbilang di mata dunia perniagaan.



“BERTEKAD CEMERLANG”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan